Friday, 15 December 2017

10th Anniversary




kte romantik ciked malam ni. jangan muntoh kelabu eh nanti. kikkikikiii.

penah tak dengar orang tua tua kata. jangan benci sangat kat seseorang. nanti kang melekat. 
haahaha

itulah yang jadi pada kak leha.
festime jumpa ostad. menyampah sangat. kerek betol mamat ni. muka sombong. 

bertambah menyampah bile die ejek nama kak leha. “nama sape?” “zaleha” “ape? zaleha? hahahahhaha”.

nak je sepok sepok kepala die time tu. sib baek la pikir die tengah memandu. konon bajet ade kete die bagus la tuh. huh! ade aku kesah 🙄

kak leha pun tak tahu camne la bole tersangkut dengan ostad. ostad muda 5 bulan dari kak leha. plus, kak leha penah dengan yakin dan bangga cakap. aku takkan kawen dengan orang yang  lebih muda. aku takkan kawen dengan orang smoking.

tapi benarlah. jodoh itu rahsia Allah.
yang kak leha tak nak tu lah yang teguh di sisi sehingga ke harini. 

yang bole kata, ostad memang seorang yang ambik berat and he’s matured. very caring sangat sangat. sampai kekadang rimas. hahahaha

yela. tak penah penah weh. 
dulu nak pegi memana. ai can go anywhere. pergi dengan senang hati je. paling kuat repot kat mak abah bukan pakwe. 

tapi sejak kenal die. nak pegi memane wajib repot. sampai ofis kene repot. pegi lunch kene repot. semua lah kene repot. 😤

korang penah guna friend finder? haaa pasal friend finder pun bole jadi gaduh besar kalo tak sama dengan lokasi repot. jenuh weh nak terang benda yang tak tau ape nak explain. kerah kejung 🤣

kekadang rasa macam anak raja pun ade. nak kata kak leha ni hot, level level dewi remaja je 🙈 yang nak jaga sungguh sungguh ni nape. dah besar kot. adoiiii 🤦🏼‍♀️

tapi satu kak leha perasan. bile time gaduh tak repot. rasa rindu doh. meluap luap ni nak hantar message. tapi tahan. yela. ego. melangit die punye ego. biarkan leha. biar die rasa. hahahaha

tapi hati rindu nih. takde orang kisah kat kte. takde orang nak tanye kte. dah makan ke. dah mandi ke. buat ape harini. haaaa korang paham tak camne. kenot describe dat feeling. 

tapi ostad ni bijak. time gadoh memang die tak tanye. tapi die stalk kte diam diam je. rupenye die tunggu kat tepi jalan. tengok balik pukul bape. ade ke yang teman. alooooolooolooo sweeet nyeeee.

kak leha pun baru tau last week. ostad bukak cite. sebelum ni tak tahu pun. nampak sangat kak leha ni, bile balik keje menonong je jalan. tak pandang pun kiri kanan 😂 

tapi lepas kawen. everything change. kak leha tau ostad amik berat sebab sayang. bukan saje saje nak control.

ingat lagi die selalu cakap dulu waktu ktorang masih kawan. kalo sekarang tak bole control you, camne nak control you lepas dah kawen? die selalu cakap benda tu tiap kali kak leha protes.

dan akhirnya lepas kawen kak leha sedar. benda tu banyak bantu bentuk karakter kak leha jadi isteri. 

kekadang kte kene belajar mendengar arahan walaupun kte tau ape yang kte buat tu tak salah pun. 

waktu bujang arahan mak abah. dah kawen arahan suami. dan satu lagi arahan yang dari lahir kte dengar, dari Illahi 😊

13 tahun mengenali Muhd Fakhrullah Abdul Wahab  was the greatest thing ever happen. banyak dugaan dan cabaran kami. lagi lagi last year and this year kan? 😉

ان شاءالله 
selagi hayat dikandung badan. kte harung sesama. Allah ada dan sentiasa bersama kte ❤️

Tenkiu for always being supportive for all these years. Love you every second of breath in and breath out till jannah. 

HAPPY 10th ANNIVERSARY LOVE 😘

Wednesday, 13 December 2017

1st time niaga


macam mane bole terjebak? 
kisahnya bermula begini.


7 tahun dulu. waktu preknen Princess. ketika tu gaji hanya RM1,700 kasar sebulan. tolak epief, tolak socso, tolong hutang personal. tinggal lah satu ribu dua ratus hengget jah.

gaji laki bini gabung dua. setakat cukup cukup makan je. dan akhirnya kredit kad menjadi mangsa untuk kak leha rolling belanja. 😭



kad paling membawa malapetaka. Allah. napelah boleh ter apply kan. apply je approve. apply apply je approve. time tu memang syiokkkk sangat!😏



sebelum gaji tadi, gaji kak leha sebelum tu RM2,500 hampir RM3,000 kalo buat overtime. kerja dengan korean. memang sangat workaholic!

time bujang. rajin la balik opis lewat ciked. balik pun wajib lalu klcc. naik tren hari hari. jadi bole la chill chill cuci mata on the way balik. agak agak bosan, tershoping skali. ehahahhaahaha

kak leha ni memang jenis sensorang je. independent jugak. campak kat mane mane. insya Allah bole hidup. nampak je senyap. tapi kak leha kuat taww 💪🏻💪🏻


kak leha pulak jenis takde geng sangat nak melepak lepas ofis. buat hal sendiri. bukan anti sosial. tapi dibesarkan di KL. kak leha tau bukan senang nak control diri kalo parents tak tinggal skali. so i choose to live in my way.

paling kuat lepak dengan ostad and the gang je kat NZ. tengok wayang. ostad pun keje shif. atau lepak kat rumah dengan tengok tv. memang cycle of life kak leha bosan.

but I learned banyak dari pengalaman kengkawan. sebab kak leha memang tempat dorang luah perasaan. share problem. yela. pangkat along kan? 🤷🏼‍♀️



so bile nak kawen. kak leha cari keje yang ade pakej complete sebab yang gaji beso tu status contract. okaylah. dapat gaji RM1700 tadi tapi banyak benefit. gaji beso tadi kak leha lepaskan walaupun hampir hilang seribu hengget. 😊



cume waktu peknen rayyan kak leha terpaksa unpaid hampir 6 bulan jugak. mabuk tahap dewa. dan hilang sumber pencarian ketika itu. dan waktu tu la hutang berganda dan bertimpa datang.

keje balik. still okay. penggunaan kad kredit ternaik
ciked. sebab belanja pun tertambah ciked. but still can manage. hehehe


bile peknen mia. 
penggunaan kad kak leha over maksima. lagi lagi dah tau nak dapat anak dara. nafesu die tahap gila bile nampak gown. baju kiut miut. headband. shoes.


oh mennn. korang list jela. ape yang tak beli.
gown princess paling mahal kak leha beli RM299 sehelai. dushhhhh. kak leha pun tak beli baju mahal tu waktu dulu. tapi sebab nak tengok anak cantik punye pasal 🤓 kasi layanz. ostad pun tak tahu korang hahahaha.


kak leha memang spending banyak ke wardrobe die. bab nak cantik anak, serah je. hahahaa bab stroller mahal macam quinny semua tu kak leha beli tangkap muat je. paling mahal pun beli mclaren. halford. hahahahah

jadi at one point bile spending more than sepatutnya. kak leha krem. tak tahu nak pusing belanja kat mane. dan waktu tu lah kak leha decide “it’s time to berniaga”.

panjang dah cite. sonok tak baca? 
hahahahahhaa


kalo sonok dan nak kak leha sambung lagi, korang belanja la komen ciked. barulah syiokkk nak sambung cite pasni. 😊



end of Part One.

❤️ tenkiu for reading,
                        Zaleha Everlynn