Sunday 4 June 2017

Onde Onde Buah Melaka


‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

semalam kak leha buat Onde Onde Buah Melaka.
senang gilossss. ingatkan susah. hehe jadi bawah ni kak leha share resepi die. mane tau nak buat time berbuka.
.

Bahan Bahan
=========
250gram tepung pulut
3 sudu tepung gandum
Gula Melaka (untuk inti)
sedikit air
sedikit pewarna hijau
kelapa muda parut
sedikit garam
.

Cara
====
1️⃣ gaul sedikit garam dan kelapa muda parut.
2️⃣ kukuskan seketika. biarkan sejuk. 
3️⃣ gaul tepung pulut, tepung beras bersama air.
4️⃣ jadikan doh. kalo melekit ditangan, letakkan sedikit tepung gandum.

❌ AWAS! jangan terlebih sangat tepung gandum. nanti keras onde onde awak. 

5️⃣ gentel bulat bulat mengikut citarasa masing masing.
6️⃣ masukkan gula merah di dalam tepung yang di gentel tadi.
7️⃣ rebus dalam periuk yang berisi air yang mendidih.
8️⃣ masak sehingga timbul. 

❌ AWAS! jangan angkat selagi onde onde tak timbul 😌

9️⃣ dah timbul, angkat dan gaul dengan kelapa muda yang telah dikukus.

 

Taraaaaaaaa. Siap sudah!
Selamat Mencuba 😊





No comments: